Perfect (China) Co., Ltd. diperbadankan oleh sebuah syarikat luar negeri, Perfect Resources (M) Sdn Bhd pada 1994. Pelbagai jenis pilihan produk Perfect (China) Co., Ltd. telah mendasarkan pasaran yang mantap untuk penjagaan kesihatan, penjagaan diri, penjagaan rumah dan penjagaan kulit dan kecantikan. Ia adalah sebuah perniagaan yang perintis dalam penyelidikan dan pembangunan serta disokong oleh kemudahan pengeluaran bertaraf antarabangsa. Perfect (China) berbangga dengan pengamalan standard jualan, pemasaran dan servis yang bertaraf antarabangsa.
Pada 1998, Perfect (China) telah menjadi antara 10 organisasi yang bertauliah untuk memasarkan produk masing-masing melalui rantaian peruncit. Pada hujung 2009, cawangan dan jaringan peredaranya termasuk 33 cawangan dan lebih daripada 5,600 rantaian peruncit berada di seluruh negara. Anak syarikat di Malaysia, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura, Taiwan dan Vietnam hanya merupakan langkah permulaan Perfect dalam usahanya untuk membawa produknya ke pasaran antarabangsa sejak tahun 2000.
Tapak perkilangan ibu pejabat Perfect (China) di ZhongShan yang sebesar 120 mu menempatkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Pusat Kawalan Kualiti, Kilang Pengeluaran Makanan Kesihatan, Kilang Pengeluaran Barangan Rumah, Pergudangan/Logistik yang menggunakan Sistem Penstoran Dan Dapat Kembali Automatik German (ASRS), pejabat korporat pintar, asrama untuk pekerja, kelab dll.
Dengan kepercayaan yang kukuh dan “Tiga Janji Utama”, Perfect (China) telah menubuhkan tapak keduanya di Yangzhou—Yangzhou Perfect Co., Ltd. Pada masa yang sama, Perfect (China) Co., Ltd juga mendirikan tapak ketiganya di Taman Perubatan Cina Moden China Selatan, ZhongShan. Upacara pecah tanah diadakan pada 13 Oktober 2011 dengan tapak seluas 430 mu dan pelaburan sebanyak 10 bilion RMB. Fasa pertama pembinaannya seluas 100 ribu kaki persegi. Ia akan menempatkan 3 kilang pengeluaran, pergudangan bertingkat automatik, pusat peredaran, pusat kitar semula dll. Sehingga kini, keluasan tapak pelaburan Perfect di China telah merangkumi hampir 10,000mu.