“Tanah Penuh Cinta, Air Untuk Ibu” (Land of Love, Water for Mother) adalah projek amal yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pembangunan Wanita China (China Women’s Development Foundation/CWDF) untuk membantu kawasan yang belum membangun di bahagian barat Negara China bagi mendapat  bekalan air yang amat diperlukan. Sejak Disember 2000,  Perfect telah menderma bahan dan wang lebih RMB 30 juta dan telah membina lebih daripada 120 ribu telaga untuk menyelesaikan masalah ribuan orang yang berhadapan dengan kesukaran mendapat air bersih. Perfect akan terus berkerjasama dengan CWDF dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai projek ini untuk mendapat lebih sokongan dan bantuan.