tansri kooPengerusi

Tan Sri Dato' Koo Yuen Kim D.P.T.J.J.P, Pengerusi Perfect (China) Co., Ltd. adalah seorang usahawan Cina Malaysia yang terkenal dalam dunia perniagaan Malaysia dan masyarakat Cina Malaysia. Kepintaran dan akal perniagaan beliau yang luar biasa telah membawa keusahaannya menuju ke arah kejayaan di kedua-dua Negeri China dan Malaysia.

Beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Presiden Persatuan ZhongShan Malaysia, ahli jawatankuasa Persekutuan Persatuan Cina Malaysia, Naib Presiden Perseketuan Persatuan Cina Kuala Lumpur & Selangor dan juga pelbagai jawatan penting lain di Malaysia dan China. Beliau juga telah dianugerahkan sebagai “Warga Berhormat” di 27 daerah China. Sejak 2008, beliau telah menerima “Anugerah Amal China” selama 4 tahun berturut-turut.

Tan Sri Dato' Koo juga terkenal sebagai dermawan dan terlibat dalam banyak kerja amal di Malaysia dan Negeri Cina sejak penubuhan Perfect China pada tahun 1994.

Sumbangan Tan Sri Dato' Koo kepada Negeri Cina tidak terlepas perhatian. Kota-kota yang telah mendapat manfaat daripada sumbangan beliau telah mengurniakan beliau sebagai Warga Kehormat di kota mereka masing-masing termasuk Zhongshan di Guangdong di mana ibu pejabat Perfect China bertempat. Dengan berlalunya tahun demi tahun, beliau telah menerima pelbagai anugerah untuk usaha dermaannya di Malaysia, China, Canada dan negara-negara lain.


许国伟副董事长 Vice Chairman Mr. Hooy Kok WaiNaib Pengerusi

Mr. Hooy Kok Wai adalah seorang usahawan Singapura yang mempunyai kepintaran pengurusan yang luar biasa. Beliau sangat berpengalaman dalam industri Jualan Langsung dari segi pengurusan dan pemasaran. Beliau adalah seorang peramah yang berfikiran terbuka dan dengan personaliti yang riang, beliau membantu orang lain mencapai impian dan matlamat mereka. Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan dan disanjungi ramai.

En. Hooy adalah seorang Warga Kehormat Zhongshan di Guangdong dan kota-kota lain.

Selain memegang kedudukan Pengerusi Kehormat di Persatuan Zhongshan Singapura, dia juga memegang jawatan pentadbiran dalam pelbagai konsortium perniagaan di Singapura seperti jawatan Pengarah Kumpulan Yen Lee, Singapura.


胡瑞连副董事长 Vice Chairman Dato Woo Swee LianNaib Pengerusi

Dato’ Woo Swee Lian merupakan generasi bangsa Cina yang ke-dua di Malaysia, kini selaku Naib Pengerusi bagi Perfect dan Pengerusi Perfect Global Management Ltd. Pada masa yang sama, beliau memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Persatuan Perniagaan Orang China Luar Negara Beijing, Pengerusi Pengasas APAC Tsiinghua CEO CCI Bhd, Pengerusi Kehormat bagi Persatuan Perniagaan Guangdong Jiangsu, dan Pengarah dalam Lembaga Pengarah bagi Universiti Huaqiao. Beliau juga merupakan bekas Naib Pengerusi Persatuan Perusahaan China dengan Pelaburan Asing (CAEFI), dan bekas Pengerusi ChemPartner PharmaTech Co Ltd(300149.SZ).