Visi Global
Memberi peluang untuk mendapat hidup Perfect untuk sesiapa sahaja, di mana-mana jua.
Misi Korporat
- Kami akan menjadi Syarikat yang paling berpandangan ke hadapan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang relevan, tersendiri dan berkualiti tinggi kepada semua orang, di mana jua.
- Kami akan menjadi Syarikat Jualan Langsung yang paling memahami dan memenuhi keperluan pengguna dan rakan niaga kami.
- Kami berusaha untuk menyediakan dan berkongsi kerjaya yang paling menarik, mencabar dan bermanfaat untuk semua rakan niaga kami.
- Kami akan meneguhkan integriti kami dalam meneruskan program pembangunan dengan menjadi syarikat yang bertanggungjawab, prihatin dan beretika sosial.
- Kami berusaha untuk membantu pekerja kami dalam usaha mencapai pemenuhan diri dan pertumbuhan peribadi melalui program latihan dan pembangunan kami.
Nilai Utama
Penyayang
Kami mengambil berat terhadap orang lain dengan meningkatkan taraf kehidupan melalui produk yang berkualiti dan peluang kerjaya yang memuaskan.
Berkongsi
Kami berkongsi peluang perniagaan serta cara untuk mencapai kehidupan yang lebih baik bersama dengan rakan perniagaan Perfect.
Integriti
Kami berpegang kepada integriti dalam semua aspek,, daripada penggunaan bahan mentah dan barangan siap, sehingga ke segala urusan pemasaran bahkan berurusan dengan rakan perniagaan kami.
Bertanggungjawab
Kami bertanggungjawab terhadap masyarakat, alam sekitar, rakan perniagaan dan pekerja. Syarikat mejaminkan kebolehpercayaan dan keselamatan produk.
Kualiti
Dengan polisi kualiti “Mengejar Kesempurnaan”, kami menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dengan memperolehi beberapa pensijilan bertaraf antarabangsa.
Perkhidmatan
Kami memberi sokongan perkhidmatan yang sepenuhnya kepada pengguna produk dan rakan perniagaan kami termasuk latihan pra-jualan dan perkhidmatan sokongan selepas jualan.